Thursday, November 05, 2009

Alamak, weekends lagi!

Tup tap..tup tap, another weekends is coming. Pening juga kalau dah weekends ni, pening sebab nak kena fikir what to do. We try to make it a weekly thing to bring Milan out. Kalau boleh yang tak melibatkan dinar and fils (ringgit and sen). Paling2 pun dekat beach la yang free. tengoklah macam mana. Ni last weekend outing pun tak sempat nak update. ada masa, just that saya kan suka letak gambar, ada satu gambar Milan dekat Toy'R'Us tu dkt dalam hp daddy lagi. yang lain, dah transfer sebab amik gambar dalam rumah. pakai kamera.


Ni aktiviti last weekends. On Friday, actually pegi Toy'R'Us. But before that went to Bali Orchid for lunch with a friend, Fashni. Dia datang rumah sebab nak hantar barang yang i kirim during his trip back to KL. Kirim apa? Bio-Oil and sushi roller jer.

Bali Orchid ni used to be owned by an Indonesian. Tah pasal, dah kena bought over by a Malaysian. Kenal la jugak owner dia ni, my ex-CEO dulu. Chef nya kira friend-friend jugak. Kerja jadi sky chef for Gulf Air. Agak2 nak makan nasi campur or laksa or mostly any malaysian foods datangla sini. Kitaorg prefer datang sini if Shukri (the chef) ada, then boleh makan sedap. Hari tu ada sup daging. Sedapnyer!!!teringat dekat colleagues dekat RHB dulu. asal Friday jer, gi melantak sup kawah dekat masjid kampung pandan. tak tau la nak cakap, tapi sangat sedap. walaupun, lemak2 daging tu berenang2an tapi itula yang buat sedap.

Dah kenyang perut sukahati semua, balik rumah kejap sebab sakit perut. Pasal makan maggi kari malam sebelumnya. Sini, maggi kari dia peliklah (mmg brand Maggi), pedas sangat. letak sikit, takde rasa. so, either kena tambah garam or kena makan pedas.

After tu, baru keluar rumah pegi jalan2 ke Toy'R'Us. daddy nak belikan Milan block toys. Seronok that lil girl looking at the toys. terjerit2 excited dia. kesian, hari hari tengok muka mommy je.



Ni hasil 'tangkapan' hari tu. Pas gi beli toys and a camou shoes for Milan, jalan sikit gi Seef Mall sebab nak beli raket tennis and badminton. TERnampak lak sale dekat ALDO, aiyoyo...terus nak beli handbag lak. ni yang susah, ada penyakit 'impulsive shopping'. bila hati nak, memang kena beli. yang susahnya, income takder. tapi the daddy kata 'ambiklah kalau nak', hehe...thank you sayang. tengah2 nak pilih bag, Milan pulak nangis. bosan kot, lama sangat. dah rembat yang first one i looked at. orang cakap, kalau tak tau nak pilih mana satu, ambik the first one. cos, that's the one that caught our eyes in the first place. And i did this all the time, even with my wedding gown. Sales guy tu pulak pandai, dia tengok aku macam dah kelam kabut, di'offer'nya handbag accessories pulak. TERbeli jugak!


Ni masa main tennis, Milan just sits at the side of the court. Daddy and mommy took turns to play. Or sometimes, uncle Fashni tolong entertain her. Kitaorang main suka2 jer. nak keluarkan peluh. manader terer pun.


Lepak2 with the gang, after main tennis. Main tennis ni dekat Fashni nyer rumah. kawasan ni kira kawasan posh la kat Bahrain ni. ala2 Malibu. dekat beach. ada banyak villa. nantilah kalau datang sini masa siang boleh ambik gambar letak sini. Facilities mmg best, ada infinity pool!!!nanti nak bawa Milan swimming kat sini. nanti tu mungkin adalah besok, haha! tapi kena tanya tuan besar(daddy) dulu and uncle Fashni. tinggal this week or next week je kalau nak swimming2 ni, pastu dah winter. Then, yang seronoknya tengok bebudak ronda2 the neighborhood, wearing their halloween costume for the trick or treat. Area ni maid orang Colombia bukan Pilipino, po favor! Area american expats. Selama ni dok dengar cakap arab or pilipin jer, tapi malam tu mmg rasa dekat Espaniol.

1 comment:

Hida Naza said...

samalah kmk org. carik weekend aktiviti nok sik banyak pake duit. kalo pake pun carik nok murah jak.
(-:

THE PARENTS

Daisypath Anniversary tickers

Milan

Lilypie Third Birthday tickers

Sophie

Code snippet: HTML, Used for some forums. Lilypie Second Birthday tickers